diraa punyer bufday!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 28 July 2012

kenapa emas ditinggikan darjat oleh Allah??


Assalamualikum wbt..
korang tau tak?? dari dulu lagi,emas menjadi pujaan hati,jantung pisang setiap orang.. baik lelaki mahupun wanita masing2 sibuk mengejar emas nie..sampai ada yang putus kawan,putus saudara,malah lagi dahsyat & ekstrem sampai berbunuh-bunuhan tau!! ngeri tak??



gambar di atas telah membuktikan fakta emas menjadi pujaan hati ramai termasuklah mereke2 yang baru mengenal dunia..ha3.. da jauh merepek!! jom balik ke pangkal jalan yer.. korang jangan salh faham.. bukan maksud aku yang emas nie hanya bawak impak negatif.. tidak yer!! tidak sama sekali.. he3..
ok jom kite kaji balik sejarah yer sambil senyum.. =)



Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi.Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis.manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. 

sekadar gambar hiasan tau =)


Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.


Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar.

 Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.


Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT .
Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.
“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas


Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.

wasalam..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...